GEORGE TOWN: Seorang lagi suspek kes pecah masuk kediaman rasmi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Datuk Yew Tung Seang pada Sabtu lalu ditahan.
Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan, suspek berusia 32 tahun itu ditahan awal pagi tadi di kawasan Balik Pulau.
“Suspek kelima itu ditahan di kawasan Balik Pulau pada awal pagi tadi,” katanya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini.
Pada Sabtu, polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara telah menahan empat lelaki di sekitar Butterworth untuk siasatan kes berkenaan.
Kesemua suspek berusia 25 dan 37 tahun itu ditahan di sekitar Bagan Ajam, Butterworth pada jam 10.15 pagi.
Dalam kejadian awal pagi Sabtu, kediaman rasmi Datuk Bandar MBPP di Jalan Park, Pulau Tikus telah dipecah masuk sekumpulan individu.
Kejadian hanya disedari ahli keluarga Datuk Bandar selepas mendapati ruang atas dan bawah rumah berada dalam keadaan berselerak.
Antara barangan yang hilang ialah komputer riba, beg berjenama, telefon bimbit, sejumlah mata wang asing, termasuk sebuah kenderaan jenis Honda CRV.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Jun 14 2021
Dalam kejadian awal pagi Sabtu, kediaman rasmi Datuk Bandar MBPP (gambar) di Jalan Park, Pulau Tikus telah dipecah masuk sekumpulan individu. - Foto Astro AWANI
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
Lelaki ditahan dipercayai terlibat 20 kes pecah stesen pam minyak
Seorang lelaki disyaki aktif dalam kegiatan pecah masuk stesen pam minyak di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM50,000, ditahan polis.
Dadah disyaki punca sarjan pecah masuk stor ekshibit IPD Sepang
Terdesak mendapatkan bekalan dadah dan faktor kewangan disyaki merupakan punca seorang sarjan sanggup memecah masuk stor ekshibit Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada Sabtu.
Barang kes hilang, stor ekshibit IPD Sepang dipecah masuk
Polis mengesahkan stor ekshibit Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dipecah masuk, pada Sabtu.
Polis buru tiga lelaki larikan barang kemas RM1 juta
Sebuah kedai emas di Tanjung Rambutan mengalami kerugian kira-kira RM1 juta selepas dipecah masuk awal pagi tadi.
Geng Rongak aktif pecah masuk sekolah tumpas
Tiga suspek berusia 21 hingga 34 tahun itu berjaya ditahan menerusi tiga serbuan yang dilakukan di daerah ini pada Selasa.
Polis tahan 2 lelaki Myanmar pecah masuk kedai pakaian
Polis menahan dua lelaki warga Myanmar yang disyaki memecah masuk sebuah kedai pakaian di Pandan Indah tiga hari lepas, melibatkan kerugian kira-kira RM10,000.
PRN Johor: Pejabat UMNO Bahagian Mersing dipecah masuk
Pejabat UMNO Bahagian Mersing yang terletak di Jalan Ismail di sini dipercayai dipecah masuk selepas beberapa kelengkapan berharga premis itu didapati hilang.
"Jangan curi, perlu wang jumpa saya boleh bantu"
Demikian reaksi ADUN Pelabuhan Klang berkaitan kejadian pecah masuk melibatkan pejabatnya di Pandamaran.
Tak cukup rumah dan kedai, lelaki pecah masuk PPV pula
Tidak cukup dengan memecah rumah dan kedai di sekitar daerah ini, seorang lelaki bertindak memasuki pusat pemberian vaksin (PPV) Dewan Jubli Intan di Mersing.
Wanita pecah masuk rumah, tukar kunci dan mengaku rumah berkenaan miliknya
Insiden itu disedari jiran pemilik sebenar yang melihat aktiviti mencurigakan di premis berkenaan, lalu melaporkannya pada polis.